Monday, December 16, 2013

Knitting Loom FAQ




1.      Apakah itu loom knitting?

Loom knitting adalah teknik mengait tanpa menggunakan knitting needles. Alat yang diperlukan adalah knitting loom/knitting board dan loom hook sahaja

untuk lebih jelas, sila klik link video ini:
http://www.youtube.com/watch?v=5vNh4WLSWdA

2.      Bagaimanakah rupa bentuk knitting loom?
Sila klik link ini
https://www.facebook.com/amani.ekd/media_set?set=a.596398697092850.1073741846.100001681765503&type=1

3.      Berapakah harga knitting loom?
-bloom loom, RM 19.00
-spool loom,RM 19.00
-14 cm round knitting loom (blue), RM 24
-19 cm round knitting loom (red), RM 26
-24 cm round knitting loom (green), RM 32
-29 cm round knitting loom (yellow), RM 40
-round knitting loom set of 4 sizes, RM 98
-26 cm long knitting loom (red), RM 25
-47 cm long knitting loom (green), RM 35
-long knitting loom set of 4 sizes, RM 125
-serenity knitting loom, RM 130
-martha stewart knit and weave kit, RM 218

4.      Adakah harga yang dinyatakan termasuk kos pos?
Tidak, harga belum termasuk kos pos


5.      Apakah itu pegs?
Pegs adalah jejari yang dicucuk di atas board, dijadikan tempat untuk melilit benang


6.      Apakah kegunaan setiap knitting loom?
Setiap set disertakan bersama loom hook 

-bloom loom, RM 19.00
Saiz round loom paling kecil, sesuai digunakan untuk membuat stoking bayi

-spool loom, RM 19.00
Digunakan untuk membuat tali. Setiap spool loom mempunyai 2 size, iaitu besar dan kecil

-14 cm round knitting loom (blue), RM 24
Sesuai untuk membuat topi newborn, stoking dewasa, bottle holder, shawl kanak-kanak, gloves/mitten, pencil case, dll
Pegs boleh dicabut
Extra pegs dibekalkan sekali

-19 cm round knitting loom (red), RM 26
Sesuai untuk membuat topi kanak-kanak, shawl, pillow case,sweater bayi, dll
Pegs boleh dicabut
Extra pegs dibekalkan sekali

-24 cm round knitting loom (green), RM 32
Sesuai untuk membuat topi dewasa, pillow case, beg, sweater/cardigan, blanket, dll
Pegs boleh dicabut
Extra pegs dibekalkan sekali

-29 cm round knitting loom (yellow), RM 40
Sesuai untuk membuat topi saiz besar, blanket, sweater, beg, shawl,dll
Pegs boleh dicabut
Extra pegs dibekalkan sekali

-26 cm long knitting loom (red), RM 25
Sesuai untuk membuat pencil case, muffler, topi bayi, dll

-47 cm long knitting loom (green), RM 35
Sesuai untuk membuat beg, sweater, blanket dll

-serenity knitting loom, RM 130
Loom ini berbentuk S. Sesuai digunakan untuk membuat big project seperti blanket.
Cara penggunaannya sama seperti long knitting loom, cuma saiznya lebih panjang.
Pegs boleh dicabut
Extra pegs dibekalkan sekali

-martha stewart knit and weave kit, RM 218
Loom ini boleh dicantum dan dipisahkan. Merangkumi long loom,round loom, juga boleh digunakan untuk weaving. Pegs boleh dicabut dan ditukar mengikut saiz benang yang digunakan.

7.      Adakah terdapat cara-cara untuk menggunakan knitting loom di dalam set yang dibeli?
Ya, setiap loom disertakan bersama loom hook meskipun dibeli secara loose


8.      Adakah terdapat buku yang mengajar cara-cara loom knitting?
Ya, ada. Buku bertajuk  ‘I can’t believe I’m loom knitting’ berharga RM 60 termasuk pos


9.      Bolehkah menggunakan saiz loom yang sama untuk membuat topi kanak-kanak dan dewasa?
Tidak boleh. Untuk membuat topi, saiz loom yang sesuai perlu digunakan


10.  Adakah hasil looming sama seperti knit?
Ya, hasil loom knitting sama seperti knit. Kita juga boleh membuat pelbagai jenis stitch meggunakan knitting loom, seperti knit, purl, garter stitch dan juga cable stitch

11.  Saya tak pernah knit, bolehkah saya terus mencuba loom knitting?
No knitting experience needed. Sesiapa sahaja boleh mencuba


12.  Apakah perbezaan antara round loom dan long loom?
Round loom bentuknya bulat manakala long loom berbentuk panjang. Round loom boleh digunakan untuk membuat looming in round, juga boleh digunakan untuk membuat flat piece.
Long loom boleh digunakan untuk double knitting. Selain itu, long loom juga boleh digunakan untuk membuat projek seperti round loom jika looming in round.

13.  Apakah jenis loom yang sesuai untuk beginner?
Bergantung kepada jenis projek yang ingin dihasilkan. Jika ingin membuat topi, saiz loom penting untuk menghasilkan saiz topi yang dikehendaki. Loom knitting tidak terhad kepada membuat topi sahaja, setiap loom boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis projek. Pattern boleh diperolehi di internet, tutorial juga banyak di youtube.


14.  Apakah projek pertama yang sesuai dibuat oleh beginner?
Topi dan muffler, kerana ia paling senang


15.  Apakah jenis benang yang sesuai digunakan untuk looming?
Bagi loom yang disertakan dengan extra pegs, both thick and thin yarns boleh digunakan. Bagi loom yang tidak disertakan bersama extra pegs, hanya thick yarns yang boleh digunakan. Jika menggunakan benang halus seperti nona, benang tersebut haruslah digunakan secara double supaya lebih tebal


16.  Adakah saya memerlukan crochet hook untuk looming?
Ada teknik cast on yang menggunakan crochet hook, namun terdapat pelbagai cara cast on lain yang tidak memerlukan crochet hooks


17.  Adakah loom hook disertakan bersama dalam setiap set loom knitting yang dibeli?
Ya


18.  Adakah looming lebih senang dan cepat berbanding crochet dan knitting?
Ya, jika kita rajin explore dan pandai menggunakannya, terdapat pelbagai barangan yang boleh dihasilkan dengan cepat dan mudah. Tension benang tidak menjadi masalah


19.  Bagaimana ingin mendapatkan pattern loom knitting selain dari buku?
Anda boleh search di internet, terdapat banyak tutorial dan pattern yang diberikan secara percuma. Juga terdapat di youtube. Jika anda merupakan ahli group Malaysia Loom Knitter, terdapat banyak tutorial dan pattern yang boleh ditemui di bahagian ‘File’

No comments:

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...