Thursday, December 5, 2013

KEPUTUSAN AMIGURUMI CONTEST



It was not an easy decision. Kesemua peserta telah menghantar amigurumi yang paling cantik dan kreatif juga comel. Tahniah buat semua ya~

Setelah para juri mengambil masa yang amat lama untuk memilih pemenang, kami bersepakat bahawa semua peserta layak menang. Kesemua hasil crochet yang dihantar ada nilai unik yang tersendiri. Meskipun character yang dibuat adalah sama, tapi sentuhan berbeza setiap crocheter memberikan nilai tersendiri kepada amigurumi yang dihasilkan. Tahniah lagi sekali buat semua!

Sebagai tanda penghargaan di atas setiap daya usaha dan kreativiti yang dicurahkan, SEMUA peserta akan menerima hadiah  ANDA SEMUA adalah pemenang, teruskan berusaha dalam menghasilkan kraf yang kreatif, unik, dan cantik, agar seni crochet terus diwarisi sehingga generasi akan datang..

Berikut adalah hadiahnya:

1) Pemenang utama: set knitting loom ala-ala martha stewart
2) Pemenang kedua: Buku, spool loom, dan milk cotton yarn
3) Pemenang ketiga: Buku, dan milk cotton yarn
4) Pemenang keempat: Buku, dan milk cotton yarn
5) Pemenang kelima: Buku, dan milk cotton yarn
6) Pemenang keenam: Set crochet hook dan milk cotton yarn
7) Pemenang saguhati: Gauge ruler/stitch marker/purse frame, dan juga milk cotton yarn.

Dan pemenang tersebut adalah:
1) Pemenang utama: Noorazlin Kassim
2) Pemenang kedua: Izyan Nadiah
3) Pemenang ketiga: Heidi Emak
4) Pemenang keempat: Salwa Loley Juamin
5) Pemenang kelima: Hilda Emak
6) Pemenang keenam: Aida Adham
7) Pemenang saguhati: Mastila Ezny, Haryanty Sabri, Pricilla Tan, Lea Ajis, Eby Raimon, Nur Adilah, Hani Mohd Mudaker, Shafila Azmi, Mawaddah, Adilla Legacy, Zai Nieyta, Wello Renab, dan Camellia Camie.

Diharapkan semua pemenang dapat PM saya alamat dan no telefon ya. 


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada ibu saya, Puan Maimunah, ayah saya En Fakharuzi serta adik saya Ali Imran yang telah menjadi juri dalam pertandingan ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan kami sendiri.

Jutaan kemaafan saya pohon seandainya ada salah dan silap yang menyinggung hati sesiapa. Terima kasih lagi sekali..

Gambar-gambar akan saya masukkan di dalam entry yg berikutnya~

Sekian 
Crochet is fun!
 

No comments:

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...